Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Flavio tinggalkan Kelantan


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KOTA BHARU, 14 Mei (Bernama) -- Pasukan Kelantan terus ditimpa masalah apabila pemain tengah import kelahiran Brazil Flavio Beck Junior sah meninggalkan pasukan itu sejak beberapa hari lalu dengan menyertai Kelab Bhayangkara FC dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan pihaknya telah menamatkan kontrak pemain tersebut dengan persetujuan bersama.

"Dia (Flavio) mendapat tawaran gaji di sana lebih baik daripada tawaran yang kami berikan kepadanya.

Kami ucapkan terima kasih kepada Flavio atas khidmat walaupun tidak sampai semusim bersama pasukan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Flavio, pemain kedua pasukan Kelantan yang meninggalkan pasukan itu selepas pemain import dari Uruguay  Raul Tarragona berbuat demikian Mac lalu dan Kelantan kini berharap kepada prestasi seorang lagi pemain import dari Afghanistan, Mustafa Zazai.

Sementara itu, Flavio melalui laman Instagram milikinya berkongsi kegembiraan bersama peminatnya kerana dapat kembali beraksi di Indonesia. Flavio pernah beraksi bersama pasukan Borneo FC musim 2016/2017.

"Sangat gembira dapat kembali semula ke Indonesia dan kali ini menyertai Kelab Bhayangkara FC," katanya.

"Terima kasih bekas rakan sepasukan dalam pasukan Kelantan  dan selamat berjaya dalam liga," katanya.

Untuk rekod, Flavio menyertai Kelantan selepas menyertai sesi pemilihan awal musim di bawah kendalian bekas Pengarah Teknikal Kelantan, Peter Jorg Steinebrunner.

Berikutan Kelantan mengalami krisis kewangan, Flavio membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan atas persetujuan bersama. Pemain kelahiran Brazil itu muncul  penjaring terbanyak TRW musim ini dengan jaringan empat gol.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel