Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

35 peniaga bazar Ramadan di Pahang terima notis


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





PEKAN, 14 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Pahang mengeluarkan notis memerintahkan 35 pengendali bazar Ramadan di negeri ini yang didapati gagal memenuhi kriteria pelbagai aspek kebersihan, hadir ke mahkamah.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata semua notis itu dikeluarkan pada minggu pertama umat Islam berpuasa, menerusi pemeriksaan di 811 bazar seluruh daerah. 

"Kesalahan yang dilakukan pengendali makanan adalah seperti tidak memakai topi, apron atau kasut, berkuku panjang dan memakai perhiasan diri semasa mengendalikan makanan," katanya kepada media selepas menyertai operasi tinjauan di bazar bandar Pekan di sini, hari ini.

Dr Sha'ari berkata notis itu dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dan mereka yang diberi notis dipanggil ke mahkamah untuk menjelaskan sebab kegagalan mereka untuk mematuhi aspek kebersihan makanan. 

Beliau juga mengesahkan setakat ini, tiada kes keracunan makanan akibat juadah yang dibeli daripada bazar Ramadan diterima.

Dr Sha'ari berkata sepanjang Ramadan, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah akan mengambil sampel makanan, manakala lebih 300 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bertugas memeriksa bazar.

"Setakat ini, sebanyak 24 sampel makanan telah diambil dan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pahang dan kita masih menunggu keputusannya," katanya. 

Pada operasi itu, Dr Sha'ari juga menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 pengendali makanan di bazar tersebut yang memperoleh markah tertinggi dalam aspek kebersihan pada pemeriksaan yang dilakukan minggu lepas. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel