Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita dakwa disamun, dicabul pengawal keselamatan


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





JOHOR BAHRU, 14 Mei (Bernama) -- Seorang wanita berumur 21 tahun mendakwa disamun dan dicabul seorang pengawal keselamatan rakyat Nepal, dua hari lepas, ketika kedua-dua mereka dalam perjalanan pulang dari kerja dengan menaiki sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata berdasarkan laporan polis yang dibuat wanita itu kira-kira pukul 2.00 pagi semalam, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.15 malam ketika dia menumpangkan lelaki itu dari tempat kerja mereka di Forest City, Tanjung Kupang, dekat Gelang Patah untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Lelaki itu (pengawal keselamatan) pada mulanya duduk di kerusi penumpang belakang, namun sejurus tiba di lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, tiba-tiba dia bertindak menarik baju wanita itu dengan kuat, sebelum berpindah ke tempat duduk penumpang hadapan dan memasukkan tangannya ke dalam skirt wanita itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu mengakibatkan kereta yang dipandu hilang kawalan sehingga mengakibatkan pelanggaran kecil dengan sebuah kereta lain, sebelum pengawal keselamatan itu mengambil telefon bimbit wanita berkenaan dan melarikan diri.

“Pengawal keselamatan itu bagaimanapun meninggalkan beg galas yang dibawanya di dalam kereta wanita berkenaan. Wanita itu kemudian membuat pemeriksaan terhadap beg galas itu dan menemui dokumen peribadi disyaki milik pengawal keselamatan berkenaan,” katanya.

Menurut Dzulkhairi kes berkenaan sedang disiasat pihaknya mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 354 kanun sama kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel