Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sime Darby Plantation di kedudukan utama kajian perniagaan ASEAN


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kajian usaha sama antara ASEAN CSR Network dan Institute of Human Rights and Peace Studies, Mahidol University mendapati Sime Darby Plantation Bhd (SDP) berada pada kedudukan utama bagi agenda perniagaan dan hak asasi ASEAN. 

Kajian bertajuk ‘Human Rights Disclosure in ASEAN,’ itu melibatkan 250 syarikat tersenarai di Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan Singapura yang mengukur pendedahan syarikat menerusi bahan yang dikeluarkan kepada awam terhadap Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP) dan Piawaian Inisiatif Pelaporan Global. 

SDP dalam kenyataan hari ini berkata dapatan itu sekali gus mengesahkan bahawa hala tuju kemampanan syarikat itu berada di landasan yang benar.

Ketua Pegawai Kelestarian Dr Simon Lord berkata dapatan itu merupakan galakan positif kepada syarikat itu untuk terus meningkatkan piawaian kelestarian dan perlindungan terhadap hak asasi manusia.

“Industri minyak sawit masih dalam pemerhatian akibat dakwaan mengenai amalan ketidakmampanan dan salah guna hak asasi manusia dan SDP serius dalam menyelesaikan risiko terhadap isu ini yang berlaku dalam lingkungan operasi kami melalui pelbagai dasar dan inisiatif.

“Ikrar mengenai komitmen kami terhadap Piagam Hak Asasi Manusia dan Piagam Pertanian Bertanggungjawab diperkukuhkan lagi dengan kerjasama kami dalam pelbagai organisasi bebas dan bukan kerajaan bagi memastikan kami di landasan yang betul bagi hak asasi manusia," katanya.

SDP berkata syarikat yang terlibat dalam kajian itu diberikan mata bergantung kepada rangka kerja diagnostik melibatkan enam kategori seperti komitmen hak asasi manusia asas, kenyataan dasar hak asasi manusia, maklumat operasi, usaha wajar, pemantauan dan maklumat serta tuntutan dan pemulihan.

UNGP disahkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Jun 2011 dan diterima di seluruh dunia sebagai langkah objektif bagi tanggung jawab sosial dan kemampanan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel