Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam beradik kehilangan ibu terima faedah Perkeso


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





REMBAU, 14 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Sembilan hari ini menyampaikan Faedah Orang Tanggungan iaitu pencen bulanan kepada enam beradik yang kematian ibu mereka selepas terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, pada 25 April lepas.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri J. Arul Kumar kepada ibu saudara mereka Nor Azila Sahran.

Turut hadir Pengarah Perkeso negeri M. Nallusamy.

Selain itu, Perkeso turut memberikan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000.

Sementara itu, Nallusamy berkata bayaran pencen yang dibayar oleh Perkeso ini akan berterusan sehingga anak-anak ini mencapai umur 21 tahun.

Enam beradik itu ialah Muhammad Aiman Syazwan Mohd Fouzi, 12, Nor Aina Syazwani, 10, Nor Aina Syazlina, 9, Nor Aina Syazlin, 7, Nor Aina Syazliana, 5, dan Muhammad Aiman Syazrizal, 2 tahun.

Pada 25 April lepas, ibu mereka Nor Amira Sahran, 33, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ladang Sungai Baru, Kampung Simen ketika pulang dari tempat kerja di Bank Simpanan Nasional Rembau.

Media turut melaporkan kisah sedih seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar dalam menjaga adik-adiknya yang masih kecil selepas pemergian ibunya. Bapa mereka masih dipenjara atas kesalahan kes dadah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel