Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembekal Perodua yakin Perodua akan capai sasaran jualan


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) sangat teruja dengan pertumbuhan jualan Perodua sebanyak 9.5 peratus yang dicatatkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, satu petunjuk yang kukuh bahawa pengeluar kereta itu akan mencapai sasaran 231,000 unit menjelang akhir tahun.   

Presiden P2SA Musa Zahidin Ahmad Zaidee berkata prospek tersebut berjalan dengan baik untuk ekosistem walaupun unjuran yang agak pesimis bagi industri automotif secara umum. 

"Pertumbuhan kali ini adalah luar biasa memandangkan industri hanya berkembang kira-kira enam peratus bagi tempoh Januari-April 2018 berbanding 2019, berdasarkan angka-angka dalaman kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perodua telah mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 9.5 peratus kepada 82,700 unit bagi tempoh empat bulan pertama 2019 berbanding hanya 75,500 unit untuk tempoh yang sama pada tahun lepas. 

Pengeluar kereta kompak itu juga mengumumkan sasaran jualan kenderaan sebanyak 231,000 bagi tahun ini atau peningkatan 1.7 peratus daripada 227,243 unit yang dijual pada 2018. Ia juga mengumumkan komitmennya untuk membeli sekurang-kurangnya RM5.4 bilion nilai komponen pada tahun ini, seiring dengan sasaran jualan. 

Musa ketika mengulas lanjut, berkata Perodua telah komited dalam menyumbang ke arah kebaikan ekosistem automotif domestik memandangkan kesemua modelnya memiliki lebih 90 peratus kandungan tempatan secara purata. 

"Kami juga menghargai komitmen Perodua ke arah menyediakan pengangkutan dengan harga yang berpatutan serta berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia walaupun pada masa yang sama masa terus menyumbang balik kepada industri automotif dengan membangunkan sistem sokongan pembekal tempatan di bawah banyak program yang diwujudkan 

"P2SA yakin bahawa Perodua akan mampu untuk membangunkan dan memperkukuh ekosistem automotif di Malaysia berdasarkan kepada pelan pertumbuhan perkongsiannya," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

 
     

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius

 
     

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim

 
     

Tambak laut: Anwar akan bertemu Ketua Menteri untuk bincang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel