Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lima lelaki, seorang wanita anggota ‘Jibam Makam’ ditahan, 15 kes curi kenderaan selesai


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





JOHOR BAHRU, 14 Mei (Bernama) -- Polis percaya berjaya menyelesaikan 15 kes curi kenderaan di sekitar Kota Tinggi dengan penahanan lima lelaki dan seorang wanita di sebuah bengkel kenderaan di Kampung Makam, Kota Tinggi, dua hari lepas. (Ahad).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kesemua mereka yang merupakan anggota kumpulan ‘Jibam Makam’ itu ditahan pada kira-kira pukul 11 malam selepas polis bertindak hasil maklumat orang awam dan risikan.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kesemua rakyat tempatan berumur antara 23 dan 53 tahun itu, polis merampas tiga kereta disyaki kenderaan curi iaitu Proton Saga, Iswara dan Satria, selaras pump gun bersama empat butir peluru penabur, lima kelongsong peluru 0.38mm, beberapa parang serta dua paket kecil plastik lutsinar di dalamnya berisi dadah jenis heroin seberat 7.22 gram dan syabu seberat 3.2 gram,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata kumpulan itu dipercayai mencuri kereta yang tidak dipasang kunci tambahan seterusnya bertindak meleraikan komponen kereta untuk dijual manakala rangkanya dipotong lalu dilupuskan.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah dan ada juga suspek didapati empat daripadanya turut mempunyai 19 rekod kesalahan berkaitan jenayah serta dadah.

Katanya berikutan penahanan mereka, polis kini sedang mengesan beberapa lagi individu yang masih bebas yang dipercayai merupakan anggota kumpulan ‘Jibam Makam’ berkenaan.

“Kesemua mereka kini direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel