Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TLDM tahan dua bot nelayan Vietnam


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUANTAN, 14 Mei (Bernama) -- Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan dua buah bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam yang menjalankan kegiatan menangkap ikan dalam perairan negara semalam. 

TLDM dalam kenyataan media di sini hari ini, menyebut bahawa pasukan kapal KD Pahang menahan dua bot nelayan itu kira-kira 156 batu nautika dari timur laut Pulau Redang, Terengganu pada 7.20 petang.  

"Bot nelayan itu dipercayai mahu melarikan diri apabila menyedari kehadiran KD Pahang dan pemerhatian menerusi krew helikopter fennec mendapati awak-awak bot cuba memotong tali pukat bagi memudahkan mereka melarikan diri. 

"Malah KD Pahang juga perlu mengejar bot nelayan itu hampir 30 minit sebelum berjaya menahan mereka yang menuju ke arah sempadan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia," menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu menyatakan seramai 18 tekong dan awak-awak dipercayai rakyat Vietnam berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan dan kesemua mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. 

Semua suspek dan bot itu diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan selanjutnya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel