Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan senapang tiga lelaki dipercayai pemburu haram


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUANTAN, 14 Mei (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki dan merampas lima laras senapang termasuk empat buatan sendiri dipercayai mahu digunakan untuk berburu secara haram di Hutan Simpan Lesong di Rompin, dekat sini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Otman Nanyan berkata dua suspek yang berusia 51 dan 64 tahun ditahan oleh pasukan renjer Jabatan Perhilitan Pahang yang menjalankan operasi rondaan di hutan itu pada 1.30 tengah hari semalam. 

Manakala seorang lagi suspek, 56, yang merupakan abang kepada salah seorang suspek ditahan di sini, dipercayai pemilik dan pemegang lesen senjata api jenis shotgun yang dirampas, yang sah sehingga Jun ini. 

"Pihak renjer difahamkan telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki lima lelaki di kawasan jalan balak hutan tersebut, namun semasa pemeriksaan dibuat, tiga daripada suspek dapat melarikan diri. 

"Pemeriksaan dalam kenderaan menemukan senjata api dan peluru hidup itu bersama-sama satu kelongsong peluru, yang kemudiannya menyerahkan suspek kepada polis," katanya kepada pemberita dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Othman berkata mereka direman selama empat hari sehingga 18 Mei ini dan polis kini giat mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tanpa lesen yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 33 akta sama iaitu memiliki senjata untuk tujuan yang menyalahi undang-undang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel