Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IKS perlu rebut peluang ditawarkan MITI - MB Kedah


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- Syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) perlu merebut pelbagai peluang disediakan agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memacu perkembangan perusahaan mereka ke arah Revolusi Industri 4.0.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata penglibatan syarikat IKS dalam program bersama agensi MITI masih berada pada tahap rendah berikutan kurang pendedahan tentang inisiatif dan peluang disediakan oleh agensi berkenaan.

“Banyak peluang yang disediakan oleh agensi-agensi MITI bertujuan untuk membantu perniagaan IKS. Jadi, banyak peruntukan dan kepakaran telah disediakan untuk membantu mereka, sebab itu kita nak galakkan lebih banyak syarikat untuk mengambil kesempatan itu.

“Dari situ, boleh dilihat adakah kita (IKS) berada pada tahap yang bersedia untuk menerima kaedah yang baharu seperti Polisi Kebangsaan Mengenai Industri 4.0 atau Polisi Industri4WRD dalam menangani cabaran revolusi industri 4.0,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Menteri MITI Datuk Darell Leiking di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan perindustrian, pelaburan dan perdagangan di peringkat negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel