Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat pati ditahan di sangkar ikan


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





GEORGE TOWN,14 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang  menahan empat pendatang asing tanpa izin yang bekerja di dua buah sangkar ikan di kedudukan 2.5 dan 2.7 batu nautika Kuala Kerian, dekat sini awal pagi ini.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten  Hamizan Harun berkata pihaknya membuat pemeriksaan di dua buah sangkar ikan itu kira-kira pukul 2.45 pagi sebelum menahan lelaki warga Myanmar berusia di antara 27 dan 33 tahun itu kerana tiada dokumen pengenalan diri dan permit kerja.

"APMM turut merekodkan keterangan dua pengusaha sangkar ikan itu kerana menggaji pendatang tanpa izin dan mereka diingatkan agar tidak menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah kerana ia menyalahi undang-undang," katanya di sini hari ini.

Katanya keempat-empat lelaki itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan di siasat menurut Seksyen 6(1)(c) Akta  Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah

Beliau berkata APMM Pulau Pinang sentiasa menjalankan pemantauan serta rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kehadiran pati bekerja di sangkar ikan dan perairan Pulau Pinang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel