Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Langgar peraturan punca permit pekerja asing tidak dapat diperbaharui: MyEG


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





GEORGE TOWN, 14 Mei (Bernama) --  MY E.G. Services Bhd (MyEG) Wilayah Utara hari ini menafikan terdapat kelewatan dan kegagalan kemaskini pada sistem  sehingga menyebabkan berlakunya kegagalan dua pekerja asing mendapatkan permit yang diperbaharui mereka.

Pengurus Kanan MyEG Wilayah Utara, Aziz Khan Hamid Khan berkata menerusi semakan yang dilakukan MyEG mendapati kedua-dua pekerja warga Bangladesh itu  telah melakukan kesalahan sehingga menyebabkan permit mereka tidak dapat diperbaharui.

"Seorang daripada pekerja asing warga Bangladesh ini didapati telah ditahan kerana melanggar permit kerja dan  dalam proses untuk dihantar pulang  manakala seorang lagi  tidak mengemaskini pasport dan tidak  melakukan pemeriksaan kesihatan yang merupakan syarat wajib untuk seseorang pekerja asing memperbaharui permit mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Aziz Khan berkata sistem MyEG  senantiasa dikemaskini 24 jam dan sekiranya  permohonan daripada syarikat berkenaan tidak mempunyai masalah serta mematuhi syarat yang ditetapkan sudah pasti ianya akan dapat diluluskan dengan segera.

"Tidak berlaku sebarang salah guna kuasa dalam kalangan staf MyEG seperti yang didakwa Pengurus Besar syarikat berkenaan. Setiap pekerja menjalankan tugas  mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan jika berlaku sebarang salah guna kuasa serta penyelewengan tindakan tegas akan diambil," katanya.

Sebuah akhbar sebelum ini melaporkan, Pengurus Besar Syarikat Era Maju Ikhlas Sdn Bhd, Chiew Keng Hwa mendakwa berlaku kelewatan dalam kemaskini pada sistem MyEG sehingga menyebabkan ada antara pekerja warga negara asing syarikat  tersebut lewat mendapatkan permit.

 Chiew  mendakwa dua pekerja warga asing di bawah syarikatnya sehingga kini masih tidak diberi permit selepas membuat permohonan pada 2016 di MyEG Jalan Rangoon, di sini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel