Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hari Belia Negara peringkat Melaka dijangka tarik 30,000 peserta


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





MELAKA, 14 Mei (Bernama) -- Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Melaka yang bakal diadakan selama dua hari bermula 28 Jun ini dijangka menarik kira-kira 30,000 pengunjung seluruh negeri, kata Exco Multimedia, NGO, Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee.

Beliau berkata, sambutan yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini bermula pukul 8.00 pagi hingga 10 malam itu dijangka turut menarik kehadiran pelancong luar memandangkan lokasinya adalah kawasan tumpuan pelancong.

“Sambutan ini adalah pengiktirafan dan penghargaan tertinggi Kerajaan Negeri kepada golongan belia yang merangkumi 42 peratus penduduk di negeri ini antara lain menterjemah potensi diri mereka sebagai aset bernilai terhadap agenda pembangunan negara.

"Program itu turut dimeriahkan dengan lebih 50 acara mengikut empat segmen iaitu Youth Business Expo, Mass Sport Republic, Laypark Republic dan Good Vibes Fest," katanya pada sidang akhbar sambutan itu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Bagi membantu golongan belia yang pernah terlibat salah laku jenayah serta menimbulkan kesedaran orang ramai terhadap isu itu, sambutan itu turut menampilkan konsert khas  'Yellow Ribbon Charity Concert' dengan kerjasama Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) dan 'Drug Free Association Malaysia'.

Konsert yang diadakan pada malam pembukaan 29 Jun itu dijangka menampilkan artis tempatan Suffian Suhaimi, Santesh, Elizabeth Tan, Fieya Julia, Kugiran Masdo dan Grey Sky Morning, di samping diadakan kutipan tabung Pengasih.

"Sambutan berkenaan dijadual dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 29 Jun, pukul 8.00 malam,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel