Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Perak berkenan rasmi, namakan semula Masjid Daerah Tapah


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





TAPAH, 13 Mei (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Masjid Daerah Tapah serta berbuka puasa bersama penduduk di masjid berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Kerajaan Negeri Zainal Azman Abu Seman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin.

Pada majlis itu, baginda juga berkenan menamakan semula masjid berkenaan kepada Masjid Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Masjid yang menelan kos kira-kira RM6 juta itu dibina pada 2012 dan siap sepenuhnya pada 3 Mei 2015.

Para hadirin turut diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran sebelum baginda berbuka puasa bersama penduduk.

Sejurus selepas itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM140,500 kepada empat penghulu mukim iaitu Sungkai, Chenderiang, Batang Padang dan Bidor yang mewakili 562 penduduk.

Pada majlis sama, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB), Raja Datuk Abd Jalil Raja Zaid turut menyerahkan replika cek, RM25,000 sebagai zakat fisabillillah kepada pihak pengurusan masjid.

—BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel