Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan longgokan sampah


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





IPOH, 13 Mei (Bernama) -- Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dibaluti tuala ditemui di kawasan longgokan sampah di Jalan Meru Impian 6, Halaman Meru Impian, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Marzuki Mat berkata sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian, sebaik menerima panggilan dari orang awam kira-kira pukul 1.50 petang.

“Bayi itu ditemui dalam sebuah bakul yang dibalut dengan tuala, dan tiada sebarang dokumen atau nota ditinggalkan. Bayi tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di lokasi kejadian.

Menurut Marzuki, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti punca kematian, waktu kejadian serta mengesan suspek yang terlibat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel