Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia negara ASEAN pertama tawarkan rawatan Cyberdyne HAL


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





MELAKA, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN dan keempat di dunia menawarkan rawatan perubatan Cyberdyne Hybrid Limb (HAL), yang merupakan teknologi perubatan inovatif bagi merawat pesakit yang lumpuh atau lemah anggota badan.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata, rawatan itu kini boleh didapati di Pusat Pemulihan Neuro-Robotics dan Cybernics di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak (TRRC) di Ayer Keroh di sini yang dilengkapi dengan 24 unit robot HAL yang dibangunkan Cyberdyne Inc dari Jepun.

Menurutnya, pusat tersebut memberikan rawatan kepada mereka yang diinsurankan Perkeso yang mengalami kekurangan daya fizikal ataupun kehilangan upaya akibat kecederaan atau gangguan akibat sistem saraf pusat seperti kecederaan saraf tunjang, strok, kecederaan otak traumatik, sklerosis berganda dan penyakit kemerosotan saraf, bagi mengembalikan semula keupayaan mereka.

"Saya dimaklumkan, rawatan Cybernic yang baru dibangunkan merupakan satu rawatan terkini menggunakan robot,  yang akan membangkitkan fungsi otak-fizikal otak pesakit sendiri melalui interaksi isyarat antara manusia dan robot.

"Ini mempercepat proses pembelajaran otak dan otot untuk menggerakkan semula kaki yang lumpuh dan membawa perubahan dalam fungsi pergerakan pesakit. Teknologi baharu ini pasti akan meningkatkan kadar pemulihan pekerja yang dirawat dan dipulihkan di TRRC," katanya ketika merasmikan pusat rehabilitasi tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kaunselor dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun ke Malaysia, Hiroyuki Orikasa; Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed; serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cyberdyne Inc, Jepun, Prof Dr Yoshiyuki Sankai.

Kula Segaran berkata sehingga kini, 100 peaskit yang diinsurankan di bawah Perkeso telah menjalani rawatan Cyberdyne HAL di TRRC yang bermula November tahun lepas, di mana kebanyakan pesakit ini mengalami kecederaan saraf tunjang atau strok.

Sehingga bulan lepas katanya, TRRC telah menerima 3,875 pesakit yang diinsurankan Perkeso dan  untuk empat bulan pertama 539 kes telah dirujuk ke TRRC yang mana 463 telah dibenarkan pulang dengan 268 diberikan rehabilitasi yang mana 195 daripada mereka, telah kembali bekerja.

Sementara itu, ketika bercakap di sidang media selepas itu, Kula Segaran berkata, pada masa ini terdapat 100 orang yang diinsurankan, kini dalam senarai menunggu untuk menerima rawatan dan TRRC akan melakukan yang terbaik bagi memberikan rawatan kepada mereka secepat mungkin.

“Salah satu cadangan yang sedang dibincangkan ialah memanjangkan masa operasi lebih daripada 5.30pm dan kemungkinan membuka pusat itu pada hari minggu. Kita akan melihat cadangan itu dan apabila pusat itu dapat memenuhi permintaan orang yang diinsuranskan, kita mungkin membukanya kepada orang awam bagi menjana pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata kos permulaan untuk pusat dan teknologi ialah US$200,000, manakala rawatan Cyberdyne HAL diberikan secara percuma kepada mereka yang diinsurankan Perkeso.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel