Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AMK Kelantan buat laporan polis terhadap Takiyuddin


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





KOTA BHARU, 13 Mei (Bernama) -- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan membuat laporan polis terhadap setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan kerana memperlekehkan pengampunan yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK Machang Muhammad Arif Mukhtar berkata sebagai seorang Anggota Parlimen dan  pengamal undang-undang sepatutnya beliau lebih memahami peraturan dan undang-undang negara dan  tidak seharusnya memperlekehkan keputusan yang telah dibuat oleh Yang Di- Pertuan Agong

“Kami mewakili AMK Kelantan mahu pihak polis menyiasat ucapan Takiyuddin,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Exco AMK Malaysia hairan bagaimana pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam dan orang Melayu  boleh memperlekehkan keputusan yang dibuat oleh Yang di- Pertuan Agong

Ketika berucap pada kempen PRK Sandakan Rabu lalu, Takiyuddin mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai bakal perdana menteri.

 Video ucapan Takiyuddin  semasa berkempenpada  PRK Sandakan itu turut tular di media sosial dan dikongsi netizen.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel