Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat buah rumah dipecah masuk dalam satu malam, polis diminta tingkat rondaan


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





SEREMBAN, 13 Mei (Bernama) -- Susulan kejadian pecah rumah melibatkan empat buah rumah di Kampung Baru Rahang di sini dalam tempoh satu malam, pihak polis digesa melakukan rondaan lebih kerap bagi mengatasi kejadian itu terus berleluasa.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya, P. Gunasekaran berkata, bahkan penduduk juga sudah mula melahirkan rasa takut dan tidak selamat berikutan kejadian itu.

“Ahad lepas kira-kira pukul 2.00 pagi, empat buah rumah dipecah masuk melibatkan kerugian wang ringgit, barangan kemas termasuk motosikal. Dua bulan lepas juga ada berlaku kejadian pecah rumah ini tetapi hanya sebuah rumah, jadi bila melibatkan banyak rumah dalam satu malam, saya rasa polis perlu ambil tindakan tegas.

“Saya minta agar polis kerapkan rondaan untuk mengatasi masalah ini, penduduk mula trauma dan ada antara mangsa yang takut bila dengar bunyi barang jatuh kerana takut jadi sasaran suspek lagi,” katanya pada  sidang media di sini, hari ini.

Berikutan itu pihaknya akan berjumpa dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban bagi memastikan perkara ini menjadi perhatian pihak berkuasa.

Seorang daripada mangsa, Hoon Yoke Fah, 48, berkata dia hanya menyedari rumahnya dipecah masuk apabila bangun pagi dan mendapati tingkap biliknya telah pecah.

“Selepas itu, saya cari beg duit saya sudah tiada, telefon bimbit dan motosikal juga sudah tiada. Sebelum ini rumah saya pernah juga dipecah masuk, tidak sangka kejadian sama akan terjadi lagi,” katanya menambah ketika kejadian dia sedang tidur.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung, Liew Chow Heng berkata, pihaknya mempunyai nombor plat kereta yang digunakan suspek ketika kejadian dan berharap ia dapat membantu pihak polis untuk jalankan siasatan segera.

“Kalau ikut buku rondaan polis yang perlu ditandatangani setiap kali selesai rondaan, kali terakhir ia ditandangani pada bulan Januari lepas,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel