Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMK sasar jadi universiti keusahawanan nombor satu negara pada 2023


Tarikh kemaskini: 12/05/2019





KOTA BHARU, 12 Mei (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyasar akan menjadi universiti keusahawanan nombor satu di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang.

Naib Canselornya, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, bagi mencapai sasaran itu, UMK akan  memaksimunkan peranannya termasuk mengubah gerak kerja sedia ada dan memperkukuh keupayaan dalaman.

"Penekanan juga akan diberikan kepada keterlibatan dan kerjasama semua warga UMK termasuk pensyarah, fakulti, pelajar, pentadbiran dan pemain industri agar bergerak seiring dalam mencapai misi itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Gerak Gempur Universiti Keusahawanan Nombor 1 di Malaysia, Asia Tenggara dan Asia di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Datuk Hussamuddin Yaacub yang turut dihadiri Pengarah Pusat Strategik UMK, Datuk Ibrahim Che Omar.

Pelancaran gerak gempur menyasarkan UMK akan muncul  sebagai universiti keusahawan nombor satu peringkat Malaysia pada 2023, Asia Tenggara pada 2026 dan peringkat Asia menjelang 2030.

Dalam pada itu, Noor Azizi berkata UMK belum boleh diperakui sebagai universiti keusahawanan yang unggul selagi tidak mencapai 30 peratus kadar pelajar yang bergelar usahawan selepas tamat pengajian.

"Jadi dalam tempoh empat tahun ini kita akan cuba capai peratusan itu berbanding 2.82 peratus pelajar yang bergelar usahawan setakat ini," katanya.

Sementara itu, Hussamuddin dalam ucapannya menegaskan tiada tempat bagi orang yang lembab dan terhegeh-hegeh di UMK jika berhasrat menjadi universiti keushawanan nombor satu di Malaysia pada 2023.

Katanya, suasana dan tingkahlaku keusahawanan perlu ada di segenap pelosok universiti selain mempunyai pemikiran inovatif bermula pihak pengurusan sehingga peringkat bawahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel