Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bapa maut: dua anak lelaki ditahan


Tarikh kemaskini: 11/05/2019





IPOH, 11 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki maut ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam, dipercayai akibat dipukul dua anak lelakinya di kediaman mereka di Taman Bercham Sinar, di sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mazuki Mat berkata susulan itu, kedua-dua suspek berusia 20 dan 21 tahun ditahan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang Khamis lepas, mangsa yang yang berumur 56 tahun dibawa ke HRPB dan doktor yang merawatnya mendapati ada kesan hentakan di kepala.

“Akibat tidak berpuas hati, pengadu yang juga anak lelaki kepada mangsa telah membuat laporan ke balai polis kira-kira 12.37 tengah malam pada 10 Mei.

“Pengadu mengesyaki bapanya dipukul adik-adik lelaki kandungnya. Pengadu juga ada bertanya tetapi suspek memberi alasan ayah mereka jatuh katil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mazuki berkata hasil soal siasat pengadu yang berumur 34 tahun itu mendapati berkemungkinan punca kematian bapanya berikutan kedua-dua suspek bertengkar mahukan harta.

“Pengadu tidak tinggal dengan ayahnya tetapi suspek yang tinggal dengan ayahnya. Pengadu dapat tahu sebelum ini ayahnya ada memberitahu suspek selalu memukulnya dan mengambil wang daripada simpanan ayahnya,” katanya.

Menurut Mazuki, pengadu memberitahu tiada saksi ketika kejadian dan beliau dimaklumkan mengenai kemasukan bapanya ke HRPB oleh adik perempuannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel