Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Ibrahim berkongsi kegemaran terhadap kuda dengan Ratu Elizabeth II


Tarikh kemaskini: 11/05/2019





JOHOR BAHRU, 11 Mei (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkongsi kegemaran baginda terhadap kuda dan menunggang kuda dengan Ratu Elizabeth II dalam acara  pertunjukan Kuda Winsdor di England pada Jumaat.

Keberangkatan Sultan Ibrahim ke sana adalah atas jemputan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa dan disambut mesra  oleh Ratu Elizabeth.

Dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda hari ini, Sultan Ibrahim bertitah baginda serta Raja Hamad bertemu dengan Ratu Elizabeth sejurus raja Inggeris itu tiba di acara ekuestrian yang terkenal di dunia itu .

Sultan Ibrahim yang meminati ekuestrian serta baginda sendiri merupakan pemain polo menghabiskan masa beberapa minit bercakap dengan Ratu Elizabeth tentang minat bersama mereka terhadap kuda dan menunggang kuda.

Dalam acara itu Sultan Johor juga berbual mesra  dengan anak kedua Ratu Elizabeth - Putera Andrew, Duke of York  yang berminat mengetahui lebih mendalam mengenai Johor.

Dalam perbualan itu Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa Johor mempunyai ekonomi berasaskan pertanian dan industri berasaskan tani yang kukuh dengan pelaburan besar oleh beberapa syarikat British. 

Ini termasuk Dyson Ltd, pembuat barangan keperluan rumah berteknologi tinggi yang menjadikan Senai sebagai hab pembuatan global di samping menubuhkan pusat penyelidikan reka bentuk dan pembangunan juga di Senai.

Baginda juga menerangkan tentang beberapa  universiti Britain dan sekolah antarabangsa yang telah bertapak di Johor seperti  University of Southampton, Newcastle School of Medicine, University of Reading dan  Marlborough College & International School.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel