Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas maut Mercedes Benz terbabas di LPT


Tarikh kemaskini: 11/05/2019





KUANTAN, 11 Mei (Bernama) -- Seorang warga emas maut selepas kereta mewah Mercedes Benz yang dipandu isterinya terbabas di kilometer 172.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Maran dekat sini, hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa Tay Meng Kiow, 69, disahkan maut di tempat kejadian. 

Isterinya Sew Yoon Yin, 64, dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh kerana cedera di mata dan bahu kiri. 

"Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tebing bukit sebelah kiri jalan sebelum terbalik di lorong perlahan lebuh raya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Kamarulzaman berkata pasangan suami isteri itu dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu, Terengganu. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel