Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua individu terlibat dalam kes kematian harimau dahan beri keterangan - Perhilitan


Tarikh kemaskini: 11/05/2019





MELAKA,11 Mei (Bernama) -- Dua individu yang dipercayai terlibat dalam kes kematian harimau dahan di sebuah ladang di Kampung Kemuning, Alor Gajah diberi tempoh seminggu untuk tampil memberi keterangan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) atau dikenakan tindakan tegas.

Pengarah Perhilitan Melaka, Mohd Hasdi Husin berkata individu yang dikesan bergambar dengan bangkai hidupan terancam itu diminta segara datang ke pejabat Perhiltan bagi membantu siasatan mengenal pasti punca kematian haiwan itu.

“Jika mereka masih tidak tampilkan diri, kita akan minta nasihat daripada pihak pendakwaraya bagi mendapatkan arahan waran tangkap terhadap mereka dan ini akan menyulitkan lagi keadaan,”katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Hasdi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan jika disabitkan kesalahan boleh  dikenakan hukuman denda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga lima tahun atas kesalahan memburu tanpa permit khas.

Media semalam melaporkan pihak Perhilitan sedang mengesan beberapa individu yang bergambar bersama bangkai seekor harimau dahan dan tular dalam laman sosial Facebook di Kampung Kemuning, Alor Gajah baru-baru ini.

Sebelum ini beberapa keping foto tular dalam laman sosial menunjukkan beberapa individu termasuk lelaki warga asing dan anggota pasukan keselamatan bergambar bersama bangkai seekor harimau dahan di satu kawasan ladang.

Mohd Hasdi berkata bagi mengelak kejadian yang sama berulang, beliau menasihati orang ramai agar segera menghubungi Perhilitan sekiranya terjumpa  bangkai atau hidupan liar yang mengalami kecederan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata masih terdapat segelintir peminat kucing yang tidak mengetahui bahawa membela dan menjual kucing batu (Asian Leopard Cat) tanpa permit adalah salah dari segi undang-undang.

Katanya kucing batu ataupun lebih dikenali sebagai kucing hutan oleh masyarakat awam dilindungi di Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel