Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemain perlu terus beri tumpuan pada perlawanan - Bibi Ramjani


Tarikh kemaskini: 11/05/2019





KOTA BHARU, 11 Mei (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan mahu pemain Kelantan terus memberikan tumpuan terhadap baki perlawanan Liga Premier walaupun persatuan itu kini berdepan isu desakan peletakan jawatan presiden dan barisan exco.

Bibi Ramjani berkata beliau tidak menafikan pemain sedikit sebanyak turut terkesan dan tertekan dengan isu berkenaan ketika ini.

"Kepada semua pemain beri tumpuan terutamanya pada perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Goergetown malam ini untuk mencari kemenangan sekali gus mengubah kedudukan dalam usaha menyelamatkan pasukan daripada zon penyingkiran.

"Kami tidak mahu pemain terus tertekan dengan isu desakan pertukaran saya sebagai presiden kerana apa yang pasti mana-mana presiden yang menerajui KAFA pasti akan menjaga sebaik mungkin pengurusan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

KAFA ketika ini yang diterajui oleh ahli perniagaan wanita itu menerima desakan hebat oleh kelab penyokong, Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) dan bekas pemain pasukan Kelantan untuk berundur daripada jawatan berkenaan.

Pada masa sama, Bibi  Ramjani turut mengucapkan terima kasih kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membenarkan permohonan KAFA untuk menggunakan geran yang diberi bagi membayar tunggakan gaji bekas pengarah teknikal pasukan Kelantan Alfredo Gonzales.

"Permohonan bayaran itu penting kepada kami bagi mengelakkan KAFA terus dipotong mata sekiranya bayaran tidak dilakukan dalam masa yang ditetapkan sekali gus pasukan ditolak ke dasar Liga Premier,” katanya.

Dalam perkara berkaitan, beliau menafikan KAFA tidak membayar gaji selama lapan bulan kepada pemain Piala Presiden.

Beliau berkata Piala Presiden hanya bermula pada Januari lepas dan ketika ini baharu lima bulan perlawanan berlangsung.

"Pada Januari kami bayar gaji pemain dengan mengemukakan cadangan kepada Syarikat Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd melalui kutipan tiket ketika menentang Sabah.

"Bayaran bagi Februari dan Mac pula masih diuruskan KRW sebelum mereka menamatkan perjanjian kerjasama dengan KAFA dan selepas itu kami memikul kembali tugas berkenaan. Tunggakan gaji lapan bulan tak benar, mungkin ada pihak mahu menjatuhkan KAFA dan saya,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel