Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan bekalan air di Perlis utara pada 14 Mei


Tarikh kemaskini: 11/05/2019





KANGAR, 11 Mei (Bernama) -- Hampir keseluruhan kawasan utara Perlis akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah antara 9 pagi hingga 5 petang Selasa depan.

Syarikat Air Perlis (SAP) Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata gangguan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja kecemasan pembaikan pam air mentah di loji pembersihan air Timah Tasoh.

Kawasan-kawasan terlibat ialah keseluruhan kawasan Padang Besar termasuk Kem Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Felda Rimba Mas, Tapak Industri Padang Besar dan Kampung Kolam.

Turut terlibat Taman Kastam, Taman Kim, Kampung Tersusun, Kampung Kok Mak, Felda Mata Air, sepanjang jalan dari Padang Besar hingga ke Batu 17, Jalan Kaki Bukit termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Gua Cenderai dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Kawasan-kawasan lain yang juga menerima gangguan ialah seluruh kawasan Beseri, Abi, Bintong, Kuala Perlis dan Kangar.

Bekalan air dijangka pulih semula pada Rabu secara berperingkat.

Sehubungan itu, pihak SAP menasihatkan semua pengguna di kawasan-kawasan terlibat supaya dapat menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air kembali pulih sepenuhnya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel