Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjawat awam Melaka sokong usaha kerajaan perangi rasuah


Tarikh kemaskini: 11/05/2019





MELAKA, 11 Mei (Bernama) – Rata-rata penjawat awam di negeri menyokong usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerangi kegiataan rasuah kerana ianya boleh menjahanamkan masa depan negara.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka, Ezlina  Alias berkata sebagai penjawat awam sudah pasti beliau bersetuju dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan tu.

“Pejawat awam perlu telus, adil, saksama dan berintegriti dalam menjalankan tugas,  Usaha dilakukan oleh kerajaan adalah satu usaha murni.

“Ianya seharusnya diterima  dan mendapat sokongan  dari semua penjawat awam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa terdapat segelintir penjawat awam mahu kerajaan yang ada sekarang tidak diteruskan hanya kerana tidak bersetuju dengan ketegasan mereka membanteras gejala rasuah.

Turut berkongsi pendapat yang sama, Setiausaha khas hal ehwal masyarakat Ketua menteri Melaka, Tan Boon Siang yang  berkata tindakan segelintir penjawat awam yang kurang bersetuju dengan usaha kerajaan memerangi rasuah tidak sepatutnya berlaku.

“Saya fikir mereka yang tidak setuju  mungkin kerana kurang faham dengan apa yang sebenarnya dilakukan kerajaan, pejawat awam seharusnya menyokong dan membantu usaha memerangi gejala rasuah agar negara ini terus berada dalam keadaan aman dan maju,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Hasmurni Tambi   berkata tujuan utama pucuk pimpinan negara melancarkan perang terhadap rasuah adalah bagi membetulkan keadaan negara.

“Sebelum ini beberapa pemimpin dan kakitangan tinggi kerajaan terlibat dengan rasuah sehingga ianya menjadi satu budaya sehingga rakyat terpaksa menanggung kesan daripada hutang negara yang tinggi.

“Saya menyokong apa yang disarankan oleh kerajaan kerana jika rasuah terus dibiarkan ianya mampu merosakan negara secara senyap dan perlahan serta bertentangan dengan agama Islam yang jelas mengharamkan aktiviti tidak bertanggung jawab,”katanya.

Beliau berharap kerajaan hari ini akan meneruskan usaha menghapuskan rasuah di peringkat semua lapangan walaupun terpaksa menumpuh pelbagai cabaran dan desakan.

--BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel