Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pusat beli-belah salur sumbangan kepada lima rumah kebajikan


Tarikh kemaskini: 11/05/2019





ALOR SETAR, 11 Mei (Bernama) -- Pusat beli-belah Aman Central menyalurkan sumbangan bernilai RM2,500 kepada lima rumah kebajikan di negeri ini bersempena dengan program 'Hajat Raya'.

Pengurus Besar Aman Central, Chow Heng Wah berkata sumbangan berbentuk mok cek bernilai RM500 setiap rumah dan hamper itu bertujuan untuk membantu mereka membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Katanya, lima rumah kebajikan yang menerima sumbangan terbabit ialah Rumah Anak Yatim Perkim (Datar); Rumah Anak-Anak Yatim Kampung Baru; Rumah Anak Yatim Amal Solehah (Rayas); Pusat Jagaan Islam Hidup Mati Ku (IHMK) dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Insan Berkat.

"Ini merupakan satu daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dan kami percaya selaras dengan tema 'Hajat Raya' ini, anak-anak di semua rumah kebajikan yang terpilih juga mempunyai hajat tersendiri pada bulan mulia ini.

"Saya harap dengan sumbangan ini dapat memberi sinar kepada seluruh warga rumah kebajikan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi kerana kita percaya semua orang berhak menyambut perayaan ini dengan penuh bermakna," katanya ketika berucap di Aman Central, di sini, malam tadi.

Majlis perasmian program dan penyampaian sumbangan kepada para penerima disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Kedah Halimaton Shaadiah Saad.

Halimaton Shaadiah berkata dia berharap agensi dan badan korporat lain dapat turut memberi sumbangan kepada rumah kebajikan yang memerlukan bagi membantu menampung keperluan dan kelengkapan anak-anak yang berada di situ.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel