Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pandangan, maklum balas tambah baik sistem pengangkutan awam di Johor Bahru akan sentiasa dikemukakan - Akmal Nasrullah


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





JOHOR BAHRU, 10 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata beliau akan sentiasa mengemukakan pandangan dan mengambil maklum balas bagi menambah baik sistem pengangkutan awam di bandar raya ini.

Menerusi catatan dalam laman Facebook beliau, Akmal Nasrullah berkata perbincangan mengenai pengangkutan awam di bandar raya ini turut dibincangkan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, semalam.

“Sebelum Amanat Perdana Setahun Pentadbiran Pakatan Harapan, semalam (9 Mei), saya singah di pejabat Kementerian Pengangkutan untuk semak beberapa perkara dengan pegawai di sana.

“Kebetulan YB Menteri Anthony Loke Siew Fook ada di pejabat dan beliau jemput saya untuk berbincang bersama,” katanya dalam catatan itu hari ini.

Akmal Nasrullah berkata menerusi perbincangan itu, Loke menjelaskan perkembangan terkini mengenai Sistem Rapid Transit (RTS) kepada beliau dan juga projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.

“RTS merupakan pilihan terbaik untuk mengurangkan kesesakan di CIQ (Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin) ketika ini dan saya maklumkan mengenai keperluan projek RTS disegerakan.

“Beliau (Loke) juga memaklumkan projek Bus Rapid Transit (BRT) pula sedang dikelolakan oleh Irda (Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar),” katanya.

Menurut Akmal Nasrullah pada pertemuan tersebut beliau turut menyatakan hasrat supaya Larkin Sentral, di sini, dinaikkan taraf seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Menteri (Loke) kongsikan beberapa cadangan yang boleh dibincangkan dengan pihak pengurusan,” katanya lagi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel