Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir Pulau Pinang: 11 mangsa dibenarkan pulang, 109 masih di pusat pemindahan


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





TASEK GELUGOR,10 Mei (Bernama) -- Seramai 109 mangsa banjir dari 20 keluarga masih lagi ditempatkan di dua pusat pemindahan di Butterworth dan Merbau Kudung, di sini, sehingga pukul 6.00 petang ini berikutan banjir belum surut di kawasan rumah mereka.

Jumlah itu berkurangan 11 orang daripada dua keluarga berbanding mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan berkenaan pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata seramai 74 penduduk dari 13 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Muhibbah Merbau Kudung, Sungai Dua di sini. 

"Manakala 11 mangsa banjir yang berpindah ke Dewan Muhibbah Merbau Kudung sejak semalam telah dibenarkan pulang ke kediaman hari ini berikutan banjir di rumah mereka telah surut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dua keluarga itu, katanya, membersihkan rumah mereka hari ini dan dibantu Angkatan Pertahanan Awam.

Phee berkata seramai 35 mangsa banjir dari tujuh keluarga masih berada di pusat pemindahan di Surau Kampung Tok Sani, Butterworth.

Katanya selain menyediakan masakan untuk berbuka dan bersahur, Kerajaan Negeri bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat serta beberapa agensi lain turut memberi bantuan keperluaan asas kepada mangsa banjir.

"Selain memberi bantuan kepada mangsa di pusat pemindahan, kami turut mengagihkan makanan serta bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di sekitar Mak Mandin yang tidak berpindah," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut membuat pemantauan serta sentiasa bersiap sedia bermula pukul 1 pagi hingga 3 pagi esok berikutan ramalan hujan lebat dalam masa yang sama air laut sedang pasang besar ketika itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel