Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 200 golongan asnaf, anak yatim terima sumbangan UTP


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





SERI ISKANDAR, 10 Mei (Bernama) -- Seramai 177 anak yatim dan 60 golongan kurang berkemampuan di negeri ini menerima sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata sumbangan berupa wang tunai RM200 seorang kepada golongan asnaf dari masyarakat sekitar termasuk kakitangan universiti itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang cuci.

Katanya, anak-anak yatim pula menerima baucar untuk membeli kelengkapan baju raya berjumlah RM200 seorang yang disumbangkan oleh Yayasan Petronas serta kurma dan makanan yang disediakan oleh Petronas Human Capital Investment.

"Antara rumah anak yatim yang menerima sumbangan itu ialah Yayasan Amanah An Nur Maisarah, Chemor; Asrama Darul Salam, Ipoh; Pertubuhan Rumah Amal Haruman Kasih, Ayer Tawar; Rumah Anak-anak Yatim Soleha, Tanjung Tualang dan Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Parit.

"Semoga dengan sumbangan yang diberikan kepada penerima dapat memeriahkan lagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UTP di Masjid An-Nur di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 157 pelajar UTP terdiri dari golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan zakat yang disediakan oleh Tabung Amanah Zakat UTP (TAZU).

Mohamed Ibrahim berkata sumbangan zakat itu merupakan inisiatif universiti untuk membantu golongan pelajar yang mengikuti pelbagai bidang pengajian di universiti berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel