Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan akan bangunkan industri akuakultur


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





GEORGE TOWN, 10 Mei (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini memberi tumpuan membangunkan industri akuakultur dalam usaha mengurangkan kebergantungan negara terhadap bekalan ikan yang ditangkap.

Timbalan Menteri berkenaan Sim Tze Tzin berkata Malaysia kini menghadapi masalah sumber perikanan yang berkurangan ekoran peningkatan permintaan terhadap bekalan ikan berikutan pertambahan jumlah penduduk.

Beliau berkata sungguhpun buat masa sekarang negara masih mencapai 90 peratus tahap kemampuan bekalan ikan namun sesetengah jenis ikan diimport dari negara jiran.

“Secara umumnya bekalan ikan bagi rakyat Malaysia masih mencukupi dengan ada yang ditangkap dan ada yang diternak tetapi untuk masa hadapan kita perlu membangunkan industri akuakultur sehingga kebergantungan terhadap ikan yang ditangkap dan yang diternak mencapai tahap 50-50,” katanya kepada pemberita selepas melawat World Fish Centre di sini, sebuah organisasi penyelidikan mengenai perikanan dan akuakultur.

Beliau menambah buat masa sekarang kebergantungan ikan di Malaysia ialah pada tahap 70 peratus ikan yang ditangkap dan 30 peratus daripada industri akuakultur.

Sim berkata bagi Pulau Pinang ia  telahpun  mencapai nisbah 50-50 bagi ikan yang ditangkap dan ikan akuakultur.

“Saya telah melawat beberapa  perusahaan akuakultur di sini dan saya rasa ia merupakan peluang perniagaan yang bagus untuk  generasi muda melibatkan diri bagi membina masa depan yang lebih baik,”katanya. 

Beliau berkata Jabatan Perikanan ada  menawarkan beberapa program laitihan seperti program latihan perintis bagi penternakan ikan dan nasihat teknikal kepada semua pihak yang berminat dalam sektor akuakultur.

Bagaimanapun, Sim yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, berkata terdapat beberapa masalah yang perlu ditangani seperti mengenal pasti lokasi sesuai bagi akuakultur, masalah pencemaran industri, harga makanan ikan yang tinggi dan penyakit dalam akuakultur.

“Itulah sebabnya mengapa negara ini perlu bekerjasama dengan lebih banyak NGO seperti World Fish bagi mencari jalan penyelesaian terhadap semua masalah  tersebut,” katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel