Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MB Johor 'kunci mulut' isu memorandum Bersatu


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





JOHOR BAHRU, 10 Mei (Bernama) -- Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengambil sikap kunci mulut berhubung isi kandungan memorandum yang dihantar oleh 23 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Bersatu Johor di sini, hari ini, Dr Sahruddin, yang juga Setiausaha Bersatu Johor, sekadar menyatakan hanya maklum mengenai pertemuan itu, namun, enggan mengulas lanjut isi kandungan memorandum itu.

“Kandungan ada dalam itu,” katanya sebagai merujuk memorandum berkenaan.

Rabu lalu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Dr Sahruddin telah maklum mengenai penyerahan satu memorandum daripada 23 ketua bahagian kepada Dr Mahathir.

Bagaimanapun, beliau juga memilih untuk tidak bercakap lanjut mengenai isi kandungan memorandum ketika itu. 

Namun begitu, ramai pihak percaya memorandum itu berhubung kait dengan isu pelantikan bekas exco kerajaan negeri, Mazlan Bujang sebagai pengerusi parti negeri serta menyatakan sokongan kepada Dr Sahruddin untuk memegang jawatan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel