Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





MELAKA, 10 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri akan membantu kos penerbangan dan pengangkutan keluarga bayi berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di bahagian mulut, ke United Kingdom (UK).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata Kerajaan Negeri secara dasarnya bersetuju untuk membantu memudahkan urusan keluarga itu mendapatkan rawatan di luar negara.

“Kos pembedahan itu agak tinggi, buat masa ini kita akan berikan bantuan dari segi untuk beliau dan keluarganya ke luar negara, daripada kos penerbangan dan pengangkutan itu kita bantu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah bantuan yang akan diberikan Kerajaan Negeri bagi membantu keluarga dari Ayer Molek di sini. 

Bapa bayi itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, ketika dihubungi Bernama berkata beliau berserah kepada Allah dan memohon kepada semua pihak mendoakan anaknya sembuh seperti biasa.

Semalam, media melaporkan Ainul Mardhiah dijangka berlepas ke UK minggu hadapan, bagi menerima  rawatan daripada doktor pakar di negara berkenaan.

Kes itu mendapat perhatian doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri yang menyatakan hasratnya untuk membantu dan cuba menghubungi beberapa kenalannya daripada pelbagai bidang kepakaran bagi membincangkan mengenai kes bayi itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel