Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

HSSI terima kontrak disemak semula bernilai RM159 juta untuk kerja MRT2


Tarikh kemaskini: 10/05/2019




KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd (HEB), HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) telah menerima terma dipinda bagi perkhidmatan perunding kejuruteraan bebas untuk projek Transit Aliran Massa Laluan 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2).

Di bawah skop disemak semula itu, nilai kontrak dikurangkan sebanyak RM29.61 juta kepada RM158.68 juta daripada RM188.29 juta yang diberikan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd pada 2015.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, HEB berkata pengurangan RM29.61 juta itu terdiri daripada bayaran yuran profesional kepada HSSI, RM4.04 juta bayaran yuran profesional kepada pekerja profesional Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dipinjamkan kepada HSSI untuk projek itu dan RM3.62 juta bagi bayaran perbelanjaan.

"Keputusan kerajaan untuk mengurangkan kos projek itu dengan menukar Kontrak Rakan Kongsi  Penyampaian Projek kepada Kontrak Pasang Siap telah menyebabkan pelanggan menyemak semula skop perkhidamatan perunding kejuruteraan bebas untuk projek itu,'’ katanya.

HEB berkata HSSI dan anak syarikatnya HSS Engineering Sdn Bhd akan terus bekerjasama secara eksklusif untuk melaksanakan dan menyiapkan kontrak itu.

Kontrak itu bermula 10 April, 2015 dan dijangka siap pada suku pertama 2022.

Kontrak disemak semula itu dijangka terus menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih Kumpulan HEB bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 hingga 2022.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel