Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

CIMB turunkan kadar asas susulan pengurangan OPR


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menurunkan kadar asas, kadar simpanan tetap/pulangan tetap akaun-i, kadar asas pinjaman dan pembiayaan sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa 15 Mei, 2019.

Ini susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas.

Dalam satu kenyataan hari ini, CIMB berkata penurunan sebanyak 0.25 peratus itu akan membantu mencapai kesan susulan yang disasarkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari BNM.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata penurunan OPR itu akan menggalakkan pelaburan serta perbelanjaan bagi merancakkan lagi ekonomi Malaysia.

“Apa yang penting, pengurangan 0.25 peratus itu akan membantu mengurangkan bebanan peminjam, khususnya dalam menghadapi cabaran semasa ekonomi domestik berikutan impak limpahan daripada ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China serta ketidaktentuan global," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel