Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjawat awam Perak terima bantuan khas peringkat kedua, Khamis depan


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





TAPAH, 10 Mei (Bernama) -- Bayaran bantuan khas kewangan peringkat kedua bagi penjawat awam negeri Perak akan dibuat pada 16 Mei ini, kata Menteri Besar. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. 

Katanya, pembayaran tersebut selaras dengan pembentangan Belanjawan negeri 2019 November tahun lalu, yang mengumumkan pembayaran sebulan gaji atau minimum RM2,000 dalam dua peringkat masing-masing pada akhir Disember 2018 dan Mei ini.

“Saya harap semua penjawat awam di negeri ini dapat menggunakan wang tersebut untuk persiapan menyambut Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ihya Ramadan anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat negeri di Masjid Al-Mukmin, Kampung Batu 3, di sini, hari ini. 

Bayaran peringkat pertama dilaksanakan pada Disember lalu.

Menurut Ahmad Faizal, jumlah terkini penjawat awam negeri Perak adalah seramai 13,390.

Daripada jumlah itu, seramai 5,643 di jabatan negeri; Pentadbiran Tanah dan Daerah (1,705); Pihak Berkuasa Tempatan (4,683) dan Badan Berkanun Negeri (,359). 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel