Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM3 juta setahun untuk golongan memerlukan daripada PEKEMA


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





KOTA BHARU, 10 Mei (Bernama) -- Yayasan Persatuan Pengimport Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) memperuntukkan RM3 juta setahun untuk membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik di seluruh negara.

Timbalan Presiden PEKEMA Datuk Nik Izani Nik Ibrahim berkata anggota persatuan tersebut yang kini mencecah 146 syarikat tidak pernah gagal menunaikan tanggungjwab sosial koporat (CSR) bagi meringankan bebanan golongan yang memerlukan. 

“Kami membelanjakan hampir RM3 juta setiap tahun untuk pelbagai program kebajikan bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin serta pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Miskin di sebuah pasar raya di Kubang Kerian di sini, hari ini. 

Pada program itu, seramai 120 golongan asnaf serta fakir miskin di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM200 seorang untuk membeli pakaian baharu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata PEKEMA memperuntukkan sejumlah RM25,000 bagi mengadakan program tersebut yang kini masuk tahun keempat.

Sementara itu, penerima sumbangan Norshahida Che Hassim, 29, dari Kampung Ana, Tumpat berkata bantuan itu sangat membantu meringankan perbelanjaan keluarganya bagi menyambut hari lebaran.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana terpilih sebagai penerima bantuan ini bagi menampung perbelanjaan dua anak untuk menyambut hari raya nanti.

“Saya suri rumah dan suami hanya bekerja sebagai tukang mozek dengan upah tidak menentu. Jadi bagi golongan seperti saya bantuan ini sangat-sangat dihargai,” katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel