Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beri saya masa - Toh


Tarikh kemaskini: 10/05/2019




KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Pemain beregu remaja wanita negara, Toh Ee Wei berharap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi kelonggaran kepada beliau dalam mempersiapkan diri sepenuhnya sebelum membuat keputusan sama ada untuk kembali atau tidak ke kem latihan skuad negara.

Toh hadir ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara selepas menerima e-mel daripada badan induk itu yang memintanya melapor diri selepas gagal berbuat demikian pada Selasa lepas (7 Mei).

Menurut Toh, berdasarkan surat diterimanya, BAM tidak akan membenarkan beliau menyertai sebarang kejohanan antarabangsa sekiranya tidak melapor diri hari ini.

"I hope BAM can give me sometimes to prepare myself dan boleh consider apa saja keputusan yang saya akan buat. (Saya harap BAM boleh beri saya masa untuk menyiapkan diri dan boleh pertimbang apa saja keputusan yang saya akan buat).

"Saya memang down (bila timbul perkara ini). Saya tidak mahu kena paksa untuk masuk sini (BAM). Saya hendak buat pilihan dan saya mahu fikir sendiri apa yang saya hendak buat," katanya kepada Bernama.

Pemain berusia 18 tahun itu berkata beliau telah bertemu dengan Pengurus Besar BAM, Michelle Chai dan memohon masa untuk mempersiapkan mentalnya.

"Saya jumpa Michelle dan dia cakap saya boleh buat persediaan… tapi tiada tempoh ditetapkan. Cuma katanya, kalau sudah bersedia saya boleh kembali," katanya yang berharap BAM membenarkannya meneruskan latihan di luar.

Ditanya kesan sekiranya beliau tidak kembali ke kem latihan BAM, pemain berasal dari Melaka itu berkata ia bergantung kepada budi bicara badan induk itu kerana sebagai seorang atlet, beliau masih mahu menyarung jersi negara dan bertanding atas nama Malaysia.

Mengenai gandingannya Pearly Tan, Toh meminta agar Pearly meneruskan perjuangan bersama penggantinya dan turut mencipta kejayaan cemerlang sepertimana ketika mereka bersama.

"Saya ada pandangan sendiri. Kalau dia (Pearly) hendak main, dia mainlah dulu, tidak perlu tunggu saya. Kami ada berhubung melalui telefon dan dia juga ada minta saya sokong dia ketika bertanding," katanya sambil memaklumkan beliau ada alasan tersendiri untuk tidak kembali ke BAM.

Untuk rekod, gandingan Toh-Pearly berjaya muncul naib juara Kejohanan Badminton Remaja Asia dan Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Kanada, pada Julai dan November tahun lepas.

Rentetan kejayaan itu, mereka ditawarkan tempat dalam kem senior namun Toh terpaksa menarik diri selepas menjalani pembedahan hidung kerana sinus yang kronik pada Disember dan memerlukan rehat panjang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel