Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IPD Rembau lawat pesara polis, enam beradik kehilangan ibu


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





REMBAU, 10 Mei (Bernama) -- Lebih 30 pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau serta anggota Persatuan Keluarga Polis (Perkep) hari ini mengadakan lawatan kebajikan terhadap pesara polis serta enam beradik yang kehilangan ibunya dalam kemalangan jalan raya.

Lawatan selama dua jam yang diketuai Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul, turut disertai ketua-ketua bahagian serta ketua balai polis daerah Rembau.

Anuar Bakri berkata lawatan itu diadakan bertujuan memuliakan bulan Ramadan dengan amalan ibadah bersedekah selain memberi semangat kepada golongan memerlukan serta mengeratkan jalinan silaturrahim bersama masyarakat.

"Program ini merupakan program tahunan, kita kerap berjumpa dengan pesara polis di daerah ini selain menghulurkan bantuan.

"Namun pada hari ini terdapat sedikit kelainan selepas kisah enam anak yatim yang menarik perhatian ramai... kita telah mengadakan kutipan derma kilat di kalangan pegawai kanan, anggota dan pegawai awam di peringkat IPD Rembau untuk disalurkan kepada mereka pada hari ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Turut hadir, Isteri beliau yang juga Pengerusi Perkep Rembau DSP Za-idah Ekhwan.

Bekas anggota polis Mohd Taib Baba, 70, berkata beliau amat terharu dan gembira menerima kunjungan daripada pemimpin polis hari ini.

"Tidak tahu bagaimana menggambarkan perasaan ketika ini, kalau sakit benda sudah jadi, tapi bila hadirnya mereka ini melakukan lawatan sedikit sebanyak mampu mengembirakan saya," katanya yang menghidap sakit urat dan saraf.

Pada lawatan itu Anuar Bakri turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan dapur serta baju raya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel