Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Misi eksport MATRADE ke Makassar jana potensi nilai eksport lebih RM30 juta


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Misi eksport anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke Makassar, Indonesia, pada bulan lepas menjana potensi nilai eksport lebih RM30.1 juta.

Misi Peningkatan Eksport (EAM) dari 23 hingga 25 April lepas ke bandar Indonesia tahap kedua itu menyaksikan penyertaan daripada 17 syarikat Malaysia dari pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, gaya hidup, perkhidmatan pembinaan, penjagaan kesihatan serta tekstil dan pakaian.

Dalam kenyataan, MATRADE berkata perusahaan kecil dan sederhana Malaysia, dengan bantuan daripada pejabat agensi itu di Jakarta, dipadankan dengan rakan yang berpotensi dari wilayah Sulawesi Selatan. Sebanyak 121 pertemuan perniagaan telah diadakan.

EAM merupakan sebahagian daripada strategi MATRADE untuk memperluaskan operasi syarikat Malaysia di Indonesia.

Pengarah Bahagian ASEAN dan Oceania Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata agensi itu melihat Makassar sebagai pintu masuk untuk menembusi pasaran Sulawesi, yang mempunyai seramai 18 juta penduduk.

“Bandar itu memainkan peranan strategik sebagai hab kepada pengangkutan melalui darat, laut dan udara, dan ini kondusif untuk menyokong aktiviti perdagangan,” katanya.

Makassar mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus setahun, lebih tinggi daripada lima peratus yang dicapai oleh seluruh Indonesia.

Raja Badrulnizam berkata pengeksport Malaysia mempunyai kelebihan disebabkan banyak persamaan dari segi budaya antara Malaysia dan Indonesia, yang membawa kepada penerimaan pasaran kepada produk dan perkhidmatan dari Malaysia.

“Maklum balas yang kami terima daripada 90 syarikat Indonesia yang menyertai misi ini amat menggalakkan, dengan ramai yang menyatakan minat untuk memperluaskan kerjasama mereka dengan syarikat Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel