Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan berdepan Pulau Pinang tanpa khidmat pemain import


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





KOTA BHARU, 9 Mei (Bernama) -- Kelantan semakin tertekan untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Premier musim ini apabila terpaksa menentang Pulau Pinang tanpa khidmat tiga tonggak import pasukan itu di Stadium Bandaraya, George Town, malam esok.

Justeru, ketua jurulatih, Yusri Che Lah mengakui akan berdepan tugas sukar ekoran tiga watak penting kesebelasan utama tersebut mengalami kecederaan dan berdepan masalah dengan pihak majikan.

Menurutnya, pemain pertahanan dari Brazil, Cassio Francisco Jesus belum pulih daripada kecederaan peha manakala Flavio Beck Junior dari Brazil dan Mustafa Zazai dari Afghanistan masih dalam perbincangan dengan Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) mengenai kedudukan mereka dalam pasukan.

Kelantan, yang tercorot dalam liga dengan lapan mata selepas 11 perlawanan, masih perlu mengharungi sembilan lagi perlawanan dalam kempen musim ini.

Yusri berkata susulan ketiadaan khidmat pemain import, Kelantan tidak mempunyai pilihan kecuali bergantung penuh kepada pemain tempatan untuk memburu mata penuh terhadap Pulau Pinang.

“Kelantan wajib menang untuk menghidupkan peluang kekal dalam liga musim depan. Walaupun ketiadaan pemain import pada perlawanan esok, ia bukan alasan untuk menyerah kalah tetapi mengharapkan pemain tempatan dapat mencipta keajaiban,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata barisan jurulatih akan menilai secara teliti kualiti pemain tempatan sebelum menamakan kesebelasan utama dalam memburu sekurang-kurang satu mata pada pertemuan di tempat lawan itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel