Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Raja Muda Perlis serah sumbangan Ihya Ramadan bernilai RM24,000


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





ARAU, 10 Mei (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM24,000 kepada lapan buah rumah kebajikan anak yatim di negeri ini sempena program Ihya Ramadan 1440 Hijrah.

Baginda, yang juga Yang Dipertua MAIPs, menyerahkan sumbangan berjumlah RM3,000 setiap rumah kebajikan anak yatim bagi melaksanakan program atau aktiviti sepanjang Ramadan.

Rumah kebajikan yang menerima sumbangan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh, Kangar, Pusat Jagaan Hembusan Kasih, Pusat Jagaan Anak Yatim Darul Falah Ummi Aisyah, Kangar, Pusat Jagaan Teratak Rahmat, Mata Ayer, Rumah Anak Yatim Yayasan Saad, Kangar, Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh serta Rumah Kanak-kanak Arau.

Baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 50 anak yatim dalam kariah Masjid Negeri, Arau bagi tahun 2019 hasil daripada tabung kutipan masjid itu.

Setiap seorang daripada mereka menerima RM200 (wang tunai RM100 dan RM100 dalam bentuk barangan keperluan harian) pada majlis yang diadakan di Masjid Negeri di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Imam Besar negeri, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan turut hadir pada majlis itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran

 
     

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel