Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis keluar 30 saman dalam Ops Samseng Jalanan di Jitra


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





ALOR SETAR, 10 Mei (Bernama) -- Polis mengeluarkan 30 saman atas pelbagai kesalahan yang  dilakukan sekumpulan remaja dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Batu 17, Tunjang di Jitra, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, DSP Chien Chunng Tsaur berkata operasi pada 8.00 malam itu menyaksikan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu mengekori kumpulan motosikal berkenaan, sebelum menahan mereka. 

"Polis menahan 12 motosikal yang dinaiki 16 remaja lelaki berumur antara 14 dan 17 tahun yang dipercayai menggunakan helah keluar untuk menunaikan solat terawih, tetapi menunggang motosikal dengan pelbagai aksi merbahaya dan mengeluarkan bunyi bising dari ekzos yang dipercayai diubahsuai. 

"Ada antara mereka yang mengambil kesempatan menunggang motosikal ketika ibu bapa mereka keluar solat terawih. Kita hubungi waris semua remaja berkenaan dan memaklumkan berhubung kesalahan yang dilakukan oleh mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyita lima motosikal untuk siasatan lanjut dan 30 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, tidak memakai topi keledar dan ubahsuai ekzos motosikal.

"Semua remaja itu dibebaskan dengan jaminan dan diberi nasihat oleh pegawai trafik dan kita juga minta supaya ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak supaya tidak terbabit dalam kegiatan lumba haram atau merempit kerana ia boleh mengundang bahaya," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel