Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chow arah siasatan terperinci mendapan, keretakan Jalan Bukit Lama


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





GEORGE TOWN, 10 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini meminta pihak jurutera dan kontraktor yang terlibat dalam pembaikan Jalan Bukit Lama (Balik Pulau) membuat siasatan dengan teliti dan segera berikutan laluan yang baru dibuka kepada orang awam 6 Mei lepas itu mengalami mendapan dan keretakan.

Bercakap kepada pemberita di sini selepas Majlis Pemuliharaan Lengkap Meriam Kota Cornwallis di Galeri Arkeologi, Universiti Sains Malaysia, beliau berkata Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari diarah memastikan pelaksanaan siasatan lanjut itu untuk mengetahui keadaannya secara terperinci.

"Kemungkinan ada dua faktor, pertama adakah integrasi dinding penahan baharu itu benar-benar kukuh atau keretakan telah berlaku di dinding ini ataupun tidak. Jika benar (keretakan) seperti apa yang dijangka, ia adalah masalah besar, ini  bermakna dinding penahan ini memang tidak dapat menahan jalan,'" katanya

Mengulas keadaan jalan berkenaan yang kembali merekah dan mendap semalam, beliau berkata faktor kedua jalan itu mendap dan retak semula adalah kemungkinan disebabkan pemadatan bahan binaan, setelah dinding dibina.

"Ia perlu dipadatkan kembali dan adakah pemadatan ini dilaksanakan dengan cara yang betul dan mampu untuk menahan jalan serta lalu lintas. Jadi  biarlah jurutera dan kontraktor bertanggungjawab menjalankan siasatan di tapak terlebih dahulu," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel