Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Badut jual kuih tarikan Bazar Ramadan Taman Perling


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





JOHOR BAHRU, 10 Mei (Bernama) -- Kehadiran badut berpakaian ungu dan merah di sebuah gerai makanan di Bazar Ramadan Taman Perling, di sini, mencuit hati pelanggan sekali gus berminat membeli juadah dijual.

Usaha menjadi badut itu merupakan inisatif Amirul Faizal, 33, bagi menarik perhatian pelanggan dalam menjual pelbagai kuih-muih dan ‘ayam goreng crispy buttermilk’ di bazar berkenaan.

“Saya sudah berniaga di bazar ini sejak beberapa tahun lepas, namun, idea untuk tampil dengan berpakaian badut ini baru tahun ini diketengahkan bagi mencipta kelainan dalam menghadapi persaingan perniagaan,” katanya yang ditemui Bernama di sini hari ini.

Amirul yang turut berkerja sebagai badut sepenuh masa dengan dikenali sebagai Mr Kinko berkata walaupun menempuh beberapa cabaran seperti panas, dia tidak kisah berbuat demikian asalkan jualannya laris.

“Bagi saya, dengan berpakaian seperti ini (badut), saya mempunyai kelainan berbanding peniaga lain. Cabaran paling besar adalah cuaca dan baju yang panas, perlu menjaga solekan dan suara,” katanya yang memperuntukkan masa satu jam setengah bagi menyiapkan solekan sendiri.

Menurut Amirul, dia pernah terlintas untuk berpakaian badut pada tahun-tahun sebelum ini, namun, risau terhadap persepsi pelanggan.

“Namun, tahun ini, tiga rakan niaga beria-ia memujuk saya supaya berbuat demikian. Alhamdulillah, pada pandangan saya, strategi ini berjaya menarik kedatangan pelanggan ke gerai kami,” katanya dan menambah mampu meraih purata kira-kira RM500 sehari menerusi jualan kuih-muih dan ayam goreng crispy buttermilk itu.

Amirul berkata tidak dinafikan ada sebilangan kanak-kanak yang takut melihat dirinya sebagai badut, tetapi, ia tidak menjejaskan perniagaan.

“Ada yang takut (kanak-kanak), ada yang suka, yang penting bagi saya, kalau ada sesuatu yang ‘pelik’ ia akan jadi tumpuan kepada kawasan itu,” katanya yang berhasrat untuk berpakaian maskot adiwira seperti Iron Man selepas ini bagi menarik pelanggan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel