Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes kecurian kenderaan di Kota Tinggi catat penurunan hasil kejayaan Op Rempuh


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





JOHOR BAHRU, 10 Mei (Bernama) -- Kes kecurian kenderaan di kawasan Kota Tinggi mencatatkan penurunan tujuh kes dalam tempoh sebulan mulai 1 April hingga 1 Mei lepas hasil kejayaan Op Rempuh yang dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata mengikut statistik, kes kecurian kenderaan merekodkan 19 kes bagi 1 April hingga 1 Mei lepas berbanding 26 kes pada Mac.

“Kejayaan Op Rempuh terbukti dengan penurunan kes kecurian kenderaan iaitu sebanyak tujuh kes atau 26.92 peratus. Polis Daerah Kota Tinggi komited dan akan berterusan mengambil langkah drastik terhadap kes kecurian kenderaan di sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata selain membanteras kes kecurian kenderaan, Op Rempuh itu turut menyasarkan usaha menangani kes pecah rumah yang melibatkan penagih dadah dan bekas banduan.

Beliau berkata hasilnya, kes pecah rumah turut mencatatkan penurunan dalam tempoh sama, iaitu hanya dua kes dicatatkan mulai 1 April hingga 1 Mei lepas berbanding tujuh kes pada Mac.

“Pelaksanaan Op Rempuh menunjukkan penurunan kes pecah rumah kepada lima kes atau 71.43 peratus. Seramai 53 penagih dadah berumur 30 hingga 50an turut berjaya ditahan dalam tempoh sebulan berkenaan menerusi operasi itu,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel