Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki hadapi masalah mental ditemui maut dalam kereta


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUANTAN, 9 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki, yang dipercayai mengalami masalah mental ditemui maut  hari ini, dalam sebuah kereta di sebuah taman perumahan di Sungai Ruan, Raub dekat sini, disyaki akibat membunuh diri. 

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang berusia 54 tahun dan tidak bekerja itu ditemukan oleh orang awam pada 11.25 pagi. 

"Mangsa yang duduk di bahagian pemandu kereta dipercayai memasukkan getah paip yang disumbat pada eksos ke ruangan belakang kereta dalam keadaan enjin dihidupkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Wan Mohd Zahari berkata mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak itu difahamkan pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Raub dan Hospital Bentong. 

Dalam kes berasingan, Wan Mohd Zahari berkata seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lori pada 2.30 petang di kilometer 355 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu. 

Mangsa, Lee Mei Kei, 17, yang difahamkan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sungai Chetang ke Sekolah Menengah Mahmuh, maut di tempat kejadian selepas terperosok ke bawah lori. 

Wan Mohd Zahari berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel