Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seorang lemas, enam selamat bot karam di Pulau Tenggol


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan lemas manakala enam lagi terselamat selepas bot nelayan disewa mereka karam dalam kejadian ribut di perairan Pulau Tenggol dekat Dungun, malam tadi. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata dalam kejadian itu bot nelayan tempatan kelas A berkenaan membawa lapan lelaki membabitkan tiga nelayan dan lima pemancing.

Katanya dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa pada 1 tengah hari tadi, pihaknya menemukan seorang lelaki yang maut dikenali sebagai Chong Yuen Khang, 34, dan mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menyelamatkan tiga lelaki dikenali sebagai Chan Kai Wai, 51; Choo Yaw Wu, 48, serta Lok Win Thye, 28, dan kesemua mereka dibawa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Tiga lagi mangsa berjaya diselamatkan bot nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian pada jarak 31 batu nautika dari perairan Kuala Dungun, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya masih mengesan seorang lagi mangsa yang hilang dikenali sebagai Tan Buck Choo.

Katanya APMM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selama 15 minit selepas laporan kehilangan disahkan pihak polis sekitar 11.30 malam tadi.

Beliau berkata tiga helikopter APMM melibatkan sebuah AW 139 dan dua Dauphin AS365N3 diatur gerak pagi tadi untuk tugasan itu di sektor pencarian dan dibantu sebuah kapal ronda maritim KM NUSA.

"Selain itu, operasi ini turut membabitkan penglibatan aset dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Kuantan serta Persatuan Nelayan Kawasan Dungun bagi melancarkan operasi pencarian mangsa.

"APMM menyeru orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut untuk sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan. Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel