Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin patahkan cubaan 43 pati keluar Malaysia


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





LUMUT, 9 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan satu sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menahan 43 warga Indonesia dalam serbuan di kawasan semak paya bakau Parit 14, Baroh, Hutan Melintang kira-kira 90 kilometer dari sini, semalam. 

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Satu Kampung Acheh DSP Jafri Ahmad berkata hasil maklumat dan kerjasama dengan Balai Polis Hutan Melintang, pihaknya menahan 12 perempuan, 29 lelaki dan dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan menerusi Ops Landai.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati 29 daripada mereka mempunyai dokumen pengenalan diri tetapi tamat tempoh manakala 14 yang lain tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka dipercayai akan keluar untuk balik ke Indonesia melalui jalan yang tidak diwartakan dan mereka dipercayai telah diuruskan sebuah sindiket penyeludupan PATI secara haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jafri berkata kesemua PATI berkenaan ditahan dan pasport mereka dirampas serta dibawa ke Balai Polis Hutan Melintang untuk tindakan selanjutnya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 5(a) dan Seksyen 5(2) Akta yang sama.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel