Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Loji perintis pengeluaran hidrogen Sarawak dijangka beroperasi pada 27 Mei


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUCHING, 9 Mei (Bernama) -- Ujian dan pengoperasian loji perintis pengeluaran hidrogen Sarawak dan stesen mengisi bahan api itu dijangka siap pada 27 Mei, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata negeri itu juga telah memperoleh tiga bas menggunakan tenaga kuasa hidrogen sebagai sebahagian projek perintisnya itu dan penyelidikan untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam hijau.

”Saya telah bercakap mengenai Sarawak mengeluarkan hidrogen sebagai (sumber) tenaga hijau alternatif kerana negeri kita kaya dengan sumber air yang boleh ditukarkan menjadi hidrogen untuk kegunaan pengangkutan awam malah untuk eksport.

“Kami menjalin usaha sama dengan Linde Group, syarikat gas perindustrian terkemuka dunia, dan Hydrogenics, syarikat penjanaan hidrogen berasaskan elektrolisis air terkemuka dunia, bagi projek ini,” katanya dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Abang Johari berkata Sarawak mempunyai semua kelebihan dalam menghasilkan bahan api hidrogen daripada air pada kos  lebih rendah dengan menggunakan tenaga hijau seperti tenaga hidro.

Dengan kemajuan teknologi, beliau berkata negeri  tidak lama lagi akan dapat mengeksport hidrogen ke negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, Korea Selatan dan Jepun yang kini menghasilkan kenderaan menggunakan kuasa hidrogen.

Beliau yakin ia akan menjadi sumber hasil  masa depan negeri ini, sama seperti eksport gas asli cecair.

Dari tahun 2013 hingga 2017, 6,500 kereta menggunakan kuasa hidrogen telah dijual di seluruh dunia, kata Abang Johari.

Mengenai cadangan projek Transit Aliran Ringan (LRT), beliau berkata kerajaan negeri akan meneruskan kajian teknikal terperinci berhubung pelaksanaan Fasa Satu, meliputi kawasan paling padat di Kuching dan Samarahan, menggunakan pilihan teknologi yang paling sesuai.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel